Pemancar berbilang Jam_radio

Pelbagai sumber waktu boleh digabungkan untuk menerbitkan sumber penyegerakan waktu yang lebih persis. Demikianlah yang dizahirkan oleh sistem-sistem navigasi satelit seperti Sistem Kedudukan Global (GPS). Sistem-sistem GPS, Galileo dan GLONASS mempunyai jam atiom buatan sesium atau rubidium pada setiap satelit yang berpandukan jam di bumi. Sesetengah unit-unit navigasi ini berfungsi sebagai piawaian waktu tempatan dengan kepersisan kira-kira mikrosaat (µs).

Jam GPS

Kebanyakan jam radio moden menggunakan GPS untuk menyediakan waktu yang lebih tepat daripada yang diperoleh dari stesen radio bumi ini. Jam GPS ini menggabungkan anggaran waktu dari berbilang jam atom satelit dengan anggaran ralat yang diselenggara oleh serangkaian stesen bumi. Disebabkan kesan-kesan yang ada dalam perambatan radio dan rebak lengah ionosfera, pemasaan GPS memerlukan pemurataan sepanjang tempoh berlakunya fenomena ini. Tiada penerima GPS yang mengira masa waktu atau frekuensi secara langsung, sebaliknya GPS digunakan untuk mendisiplin sesuatu pengayun yang berbentuk hablur kuarza dalam penerima navigasi bawahan, pengayun hablur kawalan ketuhar dalam unit khusus, mahupun pengayun atom (rubidium) dalam penerima yang digunakan untuk penyegerakan dalam telekomunikasi. Oleh itu, peranti-peranti ini dikenali sebagai pengayun berdisiplin GPS.

Unit GPS yang bertujuan utama menyukat masa dan bukan navigasi, boleh diset untuk menganggap kedudukan antena adalah tetap; dalam mod ini, peranti akan memuratakan ketetapan kedudukannya supaya selepas kira-kira sehari beroperasi, kedudukannya akan diketahui dalam beberapa meter. Sebaik sahaja kedudukannya dipuratakan, barulah unit GPS dapat menentukan waktu tepat walaupun hanya menerima isyarat dari satu dua satelit. Jam GPS menyediakan waktu persis yang diperlukan untuk sukatan pensinkrofasa gelombang elektrik pada grid elektrik untuk memastikan kesihatan sistem.[2]